Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Wednesday 23 October 2013

BISKUT @ KUIH BAKAR OPAH.


Saya masih ingat, masa kecil arwah opah akan membuat kuih bakar setiap kali menjelang raya. ramai gak yang datang menempah kuih bakar opah. saya suka membantu opah meletakkan 'titik merah' pada kuih bakar.
Pernah satu ketika arwah opah menawarkan saya untuk membantu menjual kuih bakar dengan upah 50sen sebungkus. sebungkus kuih bakar masa tu kalau tak silap dijual Rm3.00 untuk 50 pcs. saya hanya diam kerana asyik fikir malunya nak pergi rumah ke rumah jumpa orang jual kuih bakar.
Esoknya anak seorang jiran (bapanya doktor haiwan) datang mengambil kuih bakar untuk di jual rumah ke rumah, saya pun pergilah mengekor abang Farid menjual kuih bakar opah.
Setelah agak letih, kami pun pulang. agak 'jeleous' juga saya sebab hampir habis dijual semua kuih bakar yang di bawa. duit belanja sekolah saya ketika itu pun cuma 30sen sehari dan abang
Farid mendapat beberapa ringgit sebagai upah menjual.
Saya sayang arwah opah, rindu kuih bakarnya yang cair apabila diletak ke mulut.
Al-Fatihah untuk arwah opah, ibu bapa yang kita sayang dan semua muslimin & muslimat sama ada hidup ataupun yang pergi menghadapNya.

Rujukan: post di FB Minsyam Sri Gombak

No comments:

Post a Comment