Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Saturday 11 May 2013

Minsyam Habbatus Sauda Gold berubah warna...? Kenapa ye...?


Dipetik dari fb rasmi minsyam

Assalamualaikum kepada semua ahli keluarga minsyam.

Pertamanya, kami berharap tuan berada dalam naungan dan rahmat allah swt.

Keduanya kami di minsyam juga berharap ahli keluarga minsyam juga sihat untuk meneruskan
kempen promosi sunnah.

Yang ketiga ialah pemberitahuan kami tentang warna minsyak habatus sauda yang berwarna agak
cerah berbanding pengeluaran sebelumnya.

Ingin kami perjelaskan, minyak habatusauda minsyam adalah minyak yang dihasilkan secara natural
dan bebas sebarang bebas campuran.

Sehubungan itu, factor musim banyak mempengaruhi warna minyak habatus sauda minsyam. Pada
2011, ketika musim panas agak melampau di Syria sehingga mencecah 52darjah, menyebabkan
kulit biji habatus sauda yang berwarna hitam menjadi tebal dan keadaan ini mempengaruhi warna
minyak habtusauda yang dikeluarkan.

Kami tidak nafikan semasa tempoh pengkapsulan ada kemungkinan untuk bertukar warna.
Bagaimana pun kemungkinannya kecil dan jarang berlaku.

Untuk minyak habatusa sauda minsyam yang berada di pasaran sekarang ini yang berwarna
keemasan dan bukan kemerahan, secara peribadi saya lebih gemarkan minyak habatusaua minsyam
berwarna ini.

Sekiranya pengguna-pengguna minsyam dapat mengigit kapsul dan merasakan minyak habatusauda
minsyam yang berwarna cerah ini, tuan akan dapat merasakan minyak ini lebih lunak.

Secara peribadi saya sering berharap kami akan dapat mengekalkan minyak habatusa sauda
berwarna cerah, bagaimanapun seperti yang saya jelaskan di awal, minyak ini dihasilkan secara asli
dan tanpa sebarang campuran.

Wednesday 8 May 2013

Maybank2u Pay

minsyam maybank2u pay

  Assalamualaikum...

Kebanyakan komuniti penjual online begitu teruja dengan servis Maybank2u Pay yang mula ditawarkan pada pertengahan April 2013 oleh Maybank2u.com

Apa itu Maybank2u Pay..?


Melalui Maybank2u Pay, penjual boleh meletakkan link / ikon servis Maybank2u Pay di blog ataupun laman web jualan mereka. Sebelum itu, penjual atau peniaga yang mempunyai akaun Maybank2u perlu mendaftar dan mengaktifkan servis Maybank2u Pay.

Secara umum, berikut adalah langkah pembelian / pembayaran melalui Maybank2u Pay :
  1. Pembeli yang ingin membeli dan membuat bayaran melalui Maybank2u akan klik pada ikon Maybank2u Pay di laman web penjual.
  2. Satu tetingkap log-masuk ke akaun Maybank2u.com akan terbuka.
  3. Setelah log masuk, nama penjual automatik tertera bersama dengan nombor akaun.
  4. Pembeli perlu masukkan e-mel pembeli, jumlah bayaran dan butiran pembelian (transaksi).
  5. Seterusnya keseluruhan maklumat transaksi dipaparkan berserta permintaan TAC.
  6. Pembeli perlu memasukkan TAC sebelum pemindahan wang disahkan.
  7. Seteelah itu pembeli boleh print ataupun menyimpan resit transaksi online tersebut.
Sila Rujuk laman web Maybank2u.com untuk maklumat lanjut mengenai Maybank2u Pay.
Panduan rasmi penggunaan Maybank2u Pay sila klik di sini.

Pada pandangan kami, salah satu kebaikannya adalah pembeli yang mempunyai akaun maybank2u.com tidak perlu key-in nombor akaun penjual apabila hendak membuat bayaran secara online.
Kredibiliti penjual juga meningkat kerana hanya akaun yang disahkan oleh pihak Maybank sahaja boleh menggunakan servis tersebut. 
 Link bayaran kepada Aufa Humaira Enterprise melalui Maybank2u Pay (sila klik ikon di bawah)
Anda boleh membeli dan membuat bayaran secara online bagi Produk Minsyam kami.
Penghantaran adalah Percuma*