Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Wednesday 8 May 2013

Maybank2u Pay

minsyam maybank2u pay

  Assalamualaikum...

Kebanyakan komuniti penjual online begitu teruja dengan servis Maybank2u Pay yang mula ditawarkan pada pertengahan April 2013 oleh Maybank2u.com

Apa itu Maybank2u Pay..?


Melalui Maybank2u Pay, penjual boleh meletakkan link / ikon servis Maybank2u Pay di blog ataupun laman web jualan mereka. Sebelum itu, penjual atau peniaga yang mempunyai akaun Maybank2u perlu mendaftar dan mengaktifkan servis Maybank2u Pay.

Secara umum, berikut adalah langkah pembelian / pembayaran melalui Maybank2u Pay :
  1. Pembeli yang ingin membeli dan membuat bayaran melalui Maybank2u akan klik pada ikon Maybank2u Pay di laman web penjual.
  2. Satu tetingkap log-masuk ke akaun Maybank2u.com akan terbuka.
  3. Setelah log masuk, nama penjual automatik tertera bersama dengan nombor akaun.
  4. Pembeli perlu masukkan e-mel pembeli, jumlah bayaran dan butiran pembelian (transaksi).
  5. Seterusnya keseluruhan maklumat transaksi dipaparkan berserta permintaan TAC.
  6. Pembeli perlu memasukkan TAC sebelum pemindahan wang disahkan.
  7. Seteelah itu pembeli boleh print ataupun menyimpan resit transaksi online tersebut.
Sila Rujuk laman web Maybank2u.com untuk maklumat lanjut mengenai Maybank2u Pay.
Panduan rasmi penggunaan Maybank2u Pay sila klik di sini.

Pada pandangan kami, salah satu kebaikannya adalah pembeli yang mempunyai akaun maybank2u.com tidak perlu key-in nombor akaun penjual apabila hendak membuat bayaran secara online.
Kredibiliti penjual juga meningkat kerana hanya akaun yang disahkan oleh pihak Maybank sahaja boleh menggunakan servis tersebut. 
 Link bayaran kepada Aufa Humaira Enterprise melalui Maybank2u Pay (sila klik ikon di bawah)
Anda boleh membeli dan membuat bayaran secara online bagi Produk Minsyam kami.
Penghantaran adalah Percuma*

2 comments:

  1. sALAM SIS, MACAMMANE NK PUT ICON MAYBANK2U PAY DLM BLOG.TQ IN ADVANCE

    ReplyDelete