Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Tuesday 5 February 2013

Black Seed Oil dan Apek Cina

minsyam habbatus sauda

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Ana ada cerita menarik ingin dikongsi bersama. Menjadi rutin ana untuk menelefon majikan-majikan di ofis yang masih belum menjelaskan tunggakan bayaran.....adalah satu hari tu pada hari selasa 5/01/2013 ana call seorang apek ni...panjang jugalah kami berbicara sebab nak pujuk orang bayar tunggakan ni bukan senang...apek tu ada cakap dengan ana, haiya kena bayar RM15k upfront ke rambut saya boleh tumbuh uban tau...ana pun cakaplah kat dia amalkanlah olive oil boleh lambatkan uban tau.....lepas tu apek tu kata bukan black seed oil lagi bagus ke itu dalam Quran kata black seed oil can cure all disease except death....Wah terharu ana mendengarnya seorang apek boleh quote maksud hadith sahih kemudian ana cakap memang betul u cakap..sama-sama ada kelebihan minyak zaitun pun ada kelebihan juga sebab Allah telah bersumpah dengan nama buah zaitun dan buah fiq dalam Al Quran.

Pengajaran yang boleh ana kutip daripada peristiwa ini adalah kita perlu amalkan sunnah.....cubalah ambil contoh jika seorang apek yang beragama buddha mengiktiraf kelebihan black seed oil atau habbatus sauda apatah lagi kita sebagai umat Islam...kekadang ana rasa sedih juga bila dengar segelintir sajalah kawan-kawan ana yang tak nak makan habbatus sauda kerana takut panas, takut kesan sampingan...sedangkan kesan sampingan itu hanya sementara sahaja, untuk membersihkan toksin di dalam tubuh almaklumlah kita ni makan macam-macam di Malaysia ni...memanglah yang pahit itu sebenarnya adalah ubat...hi hi tapi ana pun ada kelemahan juga ana tak boleh minum minyak zaitun sebab rasanya tapi ana akan campur dengan pati delima baru boleh minum.Yang penting amalan sunnah perlu diamalkan. Insya Allah.

Alhamdulillah perniagaan kami suami isteri semakin berkembang, dah banyak yang laku Alhamdulillah syukur pada Allah...terima kasih juga pada Encik Anuar di Hospital Selayang, tak putus-putus tempahan diterima oleh kami akhiranya kami hantar 1 karton habbatus sauda, 1 karton minyak zaitun, 6 botol 750ml minyak zaitun, 2 kotak olive lotion....

Doakanlah agar kami dapat buka booth di UIA sebab mengikut kata suami tercinta ada program Al Bahgdadi di Main Auditorium UIAM pada hari Sabtu ini.

Sekian dahulu buat sementara waktu ini. Insya ALLAH lain kali kita akan berbicara lagi

Jazakallahu Khairan Kathira. Wassalam