Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Thursday, 14 March 2013

Minyak Zaitun Extra Virgin & Kesihatan

minyak zaitun minsyam

Minyak zaitun Extra Virgin Olive Oil amat baik untuk kesihatan, antaranya mengawal penyakit kanser dan serangan jantung.

Cara menggunakan:
Minum 2 sudu besar setiap hari, pagi dan petang sebelum makan.
(Boleh juga ditambah dalam masakan atau hidangan)

atau
Makan 2 kapsul setiap hari, pagi atau petang sebelum makan.
(Boleh juga dimakan 1 kapsul pagi dan petang sebelum/selepas makan)

Kelebihan Minyak Zaitun

Minyak zaitun membantu;

  • Penghadaman
  • Menyerap Kalsium
  • Penyerapan Khasiat
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kawalan Gula Dalam Darah

M
inyak zaitun baik untuk;

  • Artritis
  • Obesiti
  • Sakit Tua
  • Ibu Menyusu
  • Rasa Makanan
  • Kesihatan Kulit
  • Masalah Jantung
  • Sistem Imunisasi
  • Perkembangan Janin
  • Kaya dengan Antioxidant

Minyak Zaitun menbantu mencegah;

  • Tumor
  • Fibroid
  • Kanser
  • Sembelit
  • Senggugut
  • Kitaran Haid Tak Menentu
  • Diabetes
  • Batu Karang
  • Hilang Ingatan
  • Pereputan Tulang
  • Serangan Jantung
  • Pembekuan Darah
  • Penyerapan Kolestrol  

    Hubungi kami untuk mendapatkan kapsul ataupun minyak Zaitun Extra Virgin bagi sama-sama mendapatkan keberkatan dan pahala pemakanan sunnah serta kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.
  • Sms / telefon : 013-2618925, 013-2656596 

 



Tuesday, 5 February 2013

Black Seed Oil dan Apek Cina

minsyam habbatus sauda

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Ana ada cerita menarik ingin dikongsi bersama. Menjadi rutin ana untuk menelefon majikan-majikan di ofis yang masih belum menjelaskan tunggakan bayaran.....adalah satu hari tu pada hari selasa 5/01/2013 ana call seorang apek ni...panjang jugalah kami berbicara sebab nak pujuk orang bayar tunggakan ni bukan senang...apek tu ada cakap dengan ana, haiya kena bayar RM15k upfront ke rambut saya boleh tumbuh uban tau...ana pun cakaplah kat dia amalkanlah olive oil boleh lambatkan uban tau.....lepas tu apek tu kata bukan black seed oil lagi bagus ke itu dalam Quran kata black seed oil can cure all disease except death....Wah terharu ana mendengarnya seorang apek boleh quote maksud hadith sahih kemudian ana cakap memang betul u cakap..sama-sama ada kelebihan minyak zaitun pun ada kelebihan juga sebab Allah telah bersumpah dengan nama buah zaitun dan buah fiq dalam Al Quran.

Pengajaran yang boleh ana kutip daripada peristiwa ini adalah kita perlu amalkan sunnah.....cubalah ambil contoh jika seorang apek yang beragama buddha mengiktiraf kelebihan black seed oil atau habbatus sauda apatah lagi kita sebagai umat Islam...kekadang ana rasa sedih juga bila dengar segelintir sajalah kawan-kawan ana yang tak nak makan habbatus sauda kerana takut panas, takut kesan sampingan...sedangkan kesan sampingan itu hanya sementara sahaja, untuk membersihkan toksin di dalam tubuh almaklumlah kita ni makan macam-macam di Malaysia ni...memanglah yang pahit itu sebenarnya adalah ubat...hi hi tapi ana pun ada kelemahan juga ana tak boleh minum minyak zaitun sebab rasanya tapi ana akan campur dengan pati delima baru boleh minum.Yang penting amalan sunnah perlu diamalkan. Insya Allah.

Alhamdulillah perniagaan kami suami isteri semakin berkembang, dah banyak yang laku Alhamdulillah syukur pada Allah...terima kasih juga pada Encik Anuar di Hospital Selayang, tak putus-putus tempahan diterima oleh kami akhiranya kami hantar 1 karton habbatus sauda, 1 karton minyak zaitun, 6 botol 750ml minyak zaitun, 2 kotak olive lotion....

Doakanlah agar kami dapat buka booth di UIA sebab mengikut kata suami tercinta ada program Al Bahgdadi di Main Auditorium UIAM pada hari Sabtu ini.

Sekian dahulu buat sementara waktu ini. Insya ALLAH lain kali kita akan berbicara lagi

Jazakallahu Khairan Kathira. Wassalam


Thursday, 17 January 2013

Produk Minsyam...

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera......

Minsyam dikenali ramai dengan 'tagline' Produk Amalan & Pemakanan Sunnah.
Produk utama Minsyam adalah :
minsyam


Pelanggan utama kami adalah di sekitar Batu Caves, Gombak dan Kuala Lumpur.
Pelanggan yang ingin membeli secara 'online' juga di alu-alukan. Pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier. 

Produk Minsyam didatangkan dengan pakej seperti berikut :


Hubungi kami melalui e-mel aufahumairaent[at]gmail.com
atau SMS/ Telefon 013-2618925 

Anda boleh membeli dan membuat bayaran secara online melalui Maybank2u dan kos penghantaran (poslaju) adalah percuma bagi pembelian melebihi RM66.00

Thursday, 3 January 2013

Pendaftaran Perniagaan Aufa Humaira Enterprise

SSM Aufahumaira

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera......

Alhamdulillah pada 31/12/2012 hari pendaftaran perniagaan kami suami isteri, suami ana telah mendaftarkan Syarikat dengan nama Aufa Humaira Enterprise.....tunggu kemunculan produk-produk edaran kami yang patuh syariah Insya Allah...antaranya produk pakaian dari Azliya Collection, Minsyam, Anugerah, produk public gold dan banyak lagi....Boleh hubungi kami di aufahumairaent@gmail.com atau sms di talian 013-261 8925.

Untuk makluman semua produk utama kami adalah Minsyam yang mana kami adalah agent yang mengedarkan produk berasaskan sunnah, minyak zaitun dan habbatus sauda. Minsyam bermaksud daripada Bumi Syam dan Bumi Syam adalah termasuk Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan.Kapsul Minyak Zaitun diperolehi daripada Palestin yang mengeluarkan produk minak zaitun terbaik di dunia, vitamin E yang tertinggi...kerana apa kerana pokok-pokok zaitun berusia lebih ratusan tahun dan tidak menggunakan pesticides atau racun serangga. Jadi daripada kita membeli minyak zaitun di Giant, Carrefour atau Tesco yang tidak membantu pun rakyat Muslim di Syria dan Palestin adalah disarankan kita membantu Syarikat Muslim dan secara tidak langsung kita membantu saudara kita di Syria dan Palestin yang dilanda peperangan. Moga Allah memberi rezki yang melimpah ruah buat kita dan moga niat kita membantu saudara kita akan diberi ganjaran pahala. Insya Allah

Sekian buat waktu ini....wassalam