Contact :

aufahumairaent[]gmail.com
013-2618926, 013-2656596

Saturday 16 November 2013

Salam Kemaafan.

Assalamualaikum.

Admin blog ingin memohon maaf kerana agak lama tidak meng'update' di sini.

Ada situasi teknikal yang menyebabkan kebanyakan update dan perkongsian cerita serta berita di paparkan di FB. Sila like fanpage FB yang dikendalikan oleh admin untuk cerita dan berita terkini.

Minsyam Sri Gombak
dan
Anis Choc Moist Cake Seri Gombak

Love uols... Terima kasih.

Wednesday 23 October 2013

BISKUT @ KUIH BAKAR OPAH.


Saya masih ingat, masa kecil arwah opah akan membuat kuih bakar setiap kali menjelang raya. ramai gak yang datang menempah kuih bakar opah. saya suka membantu opah meletakkan 'titik merah' pada kuih bakar.
Pernah satu ketika arwah opah menawarkan saya untuk membantu menjual kuih bakar dengan upah 50sen sebungkus. sebungkus kuih bakar masa tu kalau tak silap dijual Rm3.00 untuk 50 pcs. saya hanya diam kerana asyik fikir malunya nak pergi rumah ke rumah jumpa orang jual kuih bakar.
Esoknya anak seorang jiran (bapanya doktor haiwan) datang mengambil kuih bakar untuk di jual rumah ke rumah, saya pun pergilah mengekor abang Farid menjual kuih bakar opah.
Setelah agak letih, kami pun pulang. agak 'jeleous' juga saya sebab hampir habis dijual semua kuih bakar yang di bawa. duit belanja sekolah saya ketika itu pun cuma 30sen sehari dan abang
Farid mendapat beberapa ringgit sebagai upah menjual.
Saya sayang arwah opah, rindu kuih bakarnya yang cair apabila diletak ke mulut.
Al-Fatihah untuk arwah opah, ibu bapa yang kita sayang dan semua muslimin & muslimat sama ada hidup ataupun yang pergi menghadapNya.

Rujukan: post di FB Minsyam Sri Gombak

Sunday 8 September 2013

Apa sumbangan kita untuk saudara Islam Palestin...?






Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

* nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
    Sabda Rasullulah : “jika seseorang itu kasih akan saudaranya beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya”-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

* berpesan , “ Jangan lupa berdoa untuk kami bersama"-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

*segeralah bersalaman apabila bertemu. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah”.

*bermanis muka apabila bertemu, “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil , sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

*memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya. “siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakanya, nescaya Allah akan menyukakannya pada hari kiamat”

Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.(Riwayat Muslim)


Tuesday 6 August 2013

Duit Raya RM 1,000 dari SKMM !

Alhamdulillah. Kami dah dapat 'duit raya' RM1,000 dari SKMM !

Ramai dah golongan peniaga / usahawan pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun
(berdaftar dengan SSM) yang dapat 'duit raya' ni.

Tak tahu?
GMBO tu la... Get Malaysian Business Online.
Geran RM1,000 bagi membantu 50,000 usahawan mikro untuk melonjakkan perniagaan atas talian pada tahun 2013.
Nak tahu lebih lanjut rujuk  http://gmbo.skmm.gov.my

Perlu perkhidmatan buat laman sesawang domain .com.my tu ?
Kami boleh bantu dengan caj RM130. Yang bestnya anda bayar RM60 je, baki RM70 tu bayar hanya jika anda dah dapat 'duit raya' dari SKMM tu.
(* Caj RM130 ini belum termasuk bayaran RM80 kos untuk pakej domain & hosting di http://www.getmybusinessonline.com.my/ .Sebelum ada program daftar domain & hosting RM23 je, tapi dah berakhir.)

Cepat ! Nanti habis lak peruntukan geran tahun 2013 untuk 50,000 usahawan tu, kenalah tunggu pembentangan bajet 2014 kot-kot ada lagi geran untuk tahun depan. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut :
aufahumairaent[at]gmail.com
tukar [at] dengan @
H/P: 013-2618925
http://www.aufahumaira.com.my


Saturday 3 August 2013

Minsyam Sunnah Pack





Assalamualaikum wrt. wbh.

Kita sudah dipenghujung Ramadhan. Ramai pengguna menyuarakan bahawa Minsyam Sunnah Pack ini agak lewat dikeluarkan. Ia mengandungi :

- 4 pek kapsul Habbatus Sauda Minsyam berharga RM48
- 4 pek kapsul Zaitun Extra Virgin Minsyam berharga RM40
- 1 botol Olive Lotion berharga RM20
- 1 sabun Zaitun berharga RM10

Produk Minsyam berharga RM118 ini dijual pada harga promosi cuma RM100

Selain itu, pihak Minsyam juga memberi hadiah PERCUMA :
- 1 Zikir counter bernilai RM15
- 1 pek Kurma bernilai RM10
- 1 botol spray Habbatus Sauda bernilai RM15
- 1 peket sampul Raya Minsyam bernilai RM3

Best tak?
Keseluruhan produk bernilai RM161 dijual pada harga cuma RM100

Bagi anda yang berhasrat berpuasa 6 di bulan Syawal, ianya amat sesuai. Selain itu ia juga sesuai dijadikan hadiah kepada saudara-mara dan sahabat yang bakal menunaikan haji.

Hubungi kami untuk mendapatkan Minsyam Sunnah Pack. Stok Terhad !

Sunday 23 June 2013

Minsyam : Minyak Zaitun Extra Virgin Palestin


Assalamualaikum wrt. wbh.
Semoga anda semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt.

Berita gembira daripada Minsyam !
InsyaAllah, Minyak Zaitun Extra Virgin Palestin keluaran Minsyam akan berada di pasaran mulai Ramadhan ini.

Minyak Zaitun Palestin adalah berkualiti lebih tinggi. Pokok zaitun di Syria berusia sekitar 100 tahun. Manakala pokok zaitun Palestin pula berusia beratus-ratus tahun. Cara pemprosesan untuk mendapatkan minyak zaitun di Palestin masih menggunakan kaedah tradisi iaitu peralatan batu seperti batu giling tetapi alat mereka lebih besar.

Jom kita beli minyak Zaitun Palestin.

1. Kita dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu menggunakan minyak zaitun.
2. Kita dapat membantu rakyat Palestin.
3. Kita dapat menjaga & meningkatkan kesihatan.

"Buy Palestine Olive Oils, Save Palestine Land"

Beli Minyak Zaitun Palestin, Selamatkan Bumi Palestin.

Sebotol 250ml cuma RM35.
Untuk tempahan dan pembelian, hubungi kami : 013-2618925



Saturday 15 June 2013

Minsyam kita di FB...

Assalamualaikum wrt. wbh.

Kami di Aufa Humaira Enterprise telah mengorak langkah mempromosikan produk amalan pemakanan sunnah ini di facebook melalui fanpage Minsyam Sri Gombak.

http://tinyurl.com/minsyamsg

Terima kasih. Semoga sumbangan anda menambah like di fanpage Minsyam Sri Gombak ini mendapat ganjaran daripada Allah swt. dalam mempromosikan amalan pemakanan sunnah Rasulullah s.a.w.